Sunday, 18 September 2016
Seni Bina Tamadun China - Tembok Besar China
Tamadun China mempunyai reka bentuk
seni bina yang agak berlainan daripada tamadun lain. Salah satu seni bina yang
telah dihasilkan ialah Tembok Besar China.
Tembok ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking. Sementara itu bandar-bandar China purba seeperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juga dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu.
Tembok-tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu bata. Malahan di kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah lumpur.
Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara. Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehingga kini ialah Kota Larangan.
Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat hukuman, keraian dan perjumpaan. Sebuah lagi binaan penting di China ialah kuil dan pagoda.
Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu, dan pusat pemujaan. Namun demikian, bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetep bagi semua binaan dan tempat. Dalam tamadun China, terdapat pelbagai jenis pintu gerbang, tembok dan jambatan.
Tembok ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking. Sementara itu bandar-bandar China purba seeperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juga dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu.
Tembok-tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu bata. Malahan di kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah lumpur.
Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara. Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehingga kini ialah Kota Larangan.
Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat hukuman, keraian dan perjumpaan. Sebuah lagi binaan penting di China ialah kuil dan pagoda.
Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu, dan pusat pemujaan. Namun demikian, bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetep bagi semua binaan dan tempat. Dalam tamadun China, terdapat pelbagai jenis pintu gerbang, tembok dan jambatan.
Seni Bina Tamadun China -Kota Larangan
Kota Larangan Beijing yang terletak di
pusat Bandar Beijing merupakan kompleks bangunan zaman purba yang paling besar
keluasannya dan dipelihara paling baik di dunia. Pada tahun 1987, Kota Larangan
Beijing disenaraikan sebagai Warisan Dunia.
Kota Larangan Beijing dibina atas titah
maharaja ke-2 Dinasti Ming Zhu Di pada tahun 1406, tempoh pembinaannya
sepanjang 14 tahun. Sebanyak 24 orang maharaja Dinasti-dinasti Ming dan Qing
pernah tinggal dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara di sana dalam masa
kira-kira 500 tahun sehingga Dinasti Qing digulingkan pada tahun 1911. Kota
Larangan Beijing terkenal di China dan dunia kerana keluasannya, reka bentuknya
yang indah, bangunan yang megah dan kemudahan yang mewah.
Kota Larangan Beijing berkeluasan lebih
720 ribu meter persegi. Panjangnya dari selatan ke utara kira-kira 1000 meter
dan lebarnya dari timur ke barat kira-kira 800 meter. Kota Larangan Beijing
dilingkari oleh tembok setinggi belasan meter dan parit selebar lebih 50 meter.
Reka bentuk, keluasan, susunan, gaya, bentuk, hiasan dan kemudahan di Kota
Larangan Beijing dibina menurut sistem kesusilaan, etika dan status atau
kedudukan dinasti feudal tersebut dan memperlihatkan konsep kuasa maharaja
adalah maha tinggi.
Tiga dewan besar iaitu Dewan Taihe, Dewan
Zhonghe dan Dewan Baohe merupakan bangunan yang paling menarik perhatian
pelawat di Kota Larangan Beijing. Ketiga-tiga dewan besar itu merupakan tempat
maharaja menjalankan pentadbiran dan mengadakan upacara yang penting. Dewan
Taihe yang setinggi kira-kira 40 meter merupakan bangunan yang paling megah dan
tinggi di Kota Larangan Beijing. Dalam dewan itu terdapat takhta maharaja yang
disadur dengan emas dan 13 ribu buah pahatan naga iaitu lambang maharaja.
Lapangan di hadapan dewan itu seluas 30 ribu meter persegi.
Pembinaan Kota Larangan Beijing telah
memusatkan kepakaran dan kecerdikan rakyat China. Susunan seluruh kompleks
bangunan, pelbagai bentuk bumbung, hiasan pada pintu dan dinding telah
memperlihatkan reka bentuk yang unik dan menakjubkan. Dasar Dewan Taihe
setinggi 8 meter yang dibina dengan batu putih bukan sahaja menjadikan dewan
itu lebih megah, tetapi juga mempunyai fungsi menyekat kelembapan tanah.
Terdapat banyak pahatan ukiran kepala naga pada batu putih yang cantik
menghiasi dinding 3 lapis di dasar Dewan Taihe. Kepala naga tersebut bukan
hanya hiasan sahaja, tetapi adalah kemudahan penyaluran air. Apabila hujan
lebat, sebanyak lebih 1000 buah kepala naga tersebut meluahkan air serentak,
pemandangan itu sangat mengkagumkan. Dalam Kota Larangan Beijing terdapat 4
baris rumah, tetapi di dalamnya penuh dengan ketulan batu,yang khusus direka
oleh jurubina ketika itu untuk menghalang kebakaran.
Kota Larangan Beijing merupakan kompleks
bangunan istana purba terbesar yang dipelihara dengan baik di dunia. Menurut
catatan sejarah, seramai 100 ribu orang tukang bina dan sejuta orang buruh
kasar telah turut serta dalam pembinaan Kota Larangan Beijing.
Sebagai istana diraja, sebanyak lebih
sejuta artifak berharga tersimpan dalam Kota Larangan Beijing, jumlah ini
menempati 1/6 daripada jumlah keseluruhan artifak China, banyak antaranya
adalah artifak tunggal yang satu-satunya wujud di dunia.
Kota Larangan Beijing sudah berusia lebih
580 tahun, jumlah pelancong yang melawat Kota Larangan Beijing mencatat 10 juta
orang setiap tahun. Demi melindungi bangunan purba yang hebat itu, kerajaan
China mengadakan pemuliharaan selangkah demi selangkah terhadap Kota Larangan
Beijing mula tahun 2003. Difahamkan, projek pemuliharaan tersebut akan
dilaksanakan selama 20 tahun.
Pelbagai Sumbangan Tamadun China
Dalam bidang ekonomi, peringkat awal tamadun
China lebih mendorong kepada kegiatan pertanian. Hal ini demikian kerana lokasi
penempatan yang berdekatan dengan sungai, seperti Sungai Kuning. Ekonomi yang
utama adalah pertanian dan diikuti dengan ekonomi sampingan seperti kegiatan
berburu, penternakan dan industri logam, arang batu dan teksil. Masyarakat
tamadun China menanam padi sebagai tanaman utama mereka dan pertanian telah
menjadi asas ekonomi Negara China sejak kewujudan tamadun.
Sungai Kuning sebagai tempat masyarakat tamadun China mendapatkan sumber |
Kegiatan pertanian yang dijalankan oleh masyarakat Tamadun China |
Sumbangan tamadun China dalam kemajuan
pertanian sehingga kini adalah :
1. Memperkenalkan
batas untuk kaedah penanaman
2. Penciptaan alatan
pertanian seperti tajak, cangkul, penyisir tanah dan tenggala untuk membuat
batas
3. Pembinaan sistem
pengairan yang sistematik seperti pembinaan terusan untuk memperoleh sumber air
dan mengawal banjir
4. Sistem parit yang
mengasingkan tanah padi kepada petak-petak sawah yang kecil
5. Sistem tanaman
bergilir untuk menjaga kesuburan tanah
6. Kawasan bukit
diteres untuk pertanian contohnya pada zaman Dinasti Shang
7. Penciptaan kolar
kuda untuk menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda serta
penyisir tanah. Kolar kuda dapat menarik bebanan sehingga 1.5 tan tanpa
mencekik leher kuda dan tidak mengganggu kelajuan larian kuda.
Batas untuk tujuan penanaman |
Kereta kuda dan kolar kuda untuk tujuan peperangan dan pertanian |
Jenis kolar kuda untuk menarik beban dan kereta kuda |
Tajak dan tenggala kayu |
Kawasan bukit yang diteres untuk tujuan penanaman |
Rantaian timba untuk melancarkan sistem pengairan |
Sumbangan
Tamadun China dalam mengusahakan ekonomi tekstil adalah :
1. Mengadakan
hubungan perdagangan dengan Negara luar seperti India, Rom dan Sri Lanka semasa
Dinasti Han
2. Menghubungkan
Jalan Sutera Darat ( Silk Road ) untuk mengeksport kain sutera
3. Penciptaan kincir menenun
Jalan Sutera Darat yang menghubungkan China dan negara luar |
Kaedah untuk membuat sutera |
salah satu sutera yang dihasilkan oleh masyarakat tamadun China |
Antara sumbangan Tamadun
China dalam industri logam adalah :
1. Penukaran
alatan pertanian daripada kayu kepada besi
2. Perusahaan
membuat tembikar dan logam
senjata yang dihasilkan daripada logam oleh masyarakat tamadun China |
Tamadun China yang membangun telah banyak membuat
peningkatan untuk jaminan ekonomi seperti penggunaan baja organik, menanam
lebih dari dua tanaman pada tanah yang sama, mengeksport hasil ekonomi ke
Negara luar dan mengembangkan lebih banyak lagi ekonomi sampingan.
Keunikan Tamadun China
TEORI YIN DAN YANG
Keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang
akan mempengaruhi kesihatan badan.
AKUPUNTUR
Dalam akupuntur, terapis
akan menargetkan beberapa titik khusus di tubuh. Ini didasarkan pada
kepercayaan Cina yang menyebutkan akan adanya aliran energi yang dikenal
dengan sebutan Qi. Penyakit akan muncul jika aliran Qi terhambat. Lewat
penusukan di titik-titik tertentu, akupuntur menjadi salah satu terapi
untuk melancarkan aliran Qi sekaligus mengobati berbagai penyakit.
SENI MUZIK KLASIK
Muzik Cina
Klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam
dunia ini. Bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti
penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat
dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Tokoh-tokoh seperti Konfusius juga
mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus
serta prinsip estetik terhadap muzik.
Menggunakan GuZheng (古筝) untuk mempersembahkan lagu moden "See You Again".
SENI KALIGRAFI
Salah
satu bidang kesenian yang menarik dalam tamadun China ialah Kaligrafi atau seni
khat. Kaligrafi merupakan salah satu seni halus yang unik di dunia. Seni ini
amat dihormati oleh masyarakat cina. Kaligrafi secara umumnya adalah satu tema
yang bermaksud kumpulan patah perkataan yang menyampaikan pemikiran manusia dan
dibentuk dalam penulisan. Dengan kata lain, kaligrafi merupakan satu bentuk
penulisan yang menyampaikan pemikiran dan dilafazkan dalam bentuk penulisan.
Kesimpulan
Sudah terang lagi bersuluh bahawa tamadun China mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri dan agak unik jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain di Asia.
Ini memandangkan tamadun China telah maju dalam pelbagai bidang terutamanya
dalam bidang kesenian. . “ Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China”. Negara
China seharusnya dijadikan contoh kepada negara-negara lain di Asia agar
sejarah tamadun china dapat dikekalkan sepanjang hayat.
Subscribe to:
Posts (Atom)