Kota Larangan Beijing yang terletak di
pusat Bandar Beijing merupakan kompleks bangunan zaman purba yang paling besar
keluasannya dan dipelihara paling baik di dunia. Pada tahun 1987, Kota Larangan
Beijing disenaraikan sebagai Warisan Dunia.
Kota Larangan Beijing dibina atas titah
maharaja ke-2 Dinasti Ming Zhu Di pada tahun 1406, tempoh pembinaannya
sepanjang 14 tahun. Sebanyak 24 orang maharaja Dinasti-dinasti Ming dan Qing
pernah tinggal dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara di sana dalam masa
kira-kira 500 tahun sehingga Dinasti Qing digulingkan pada tahun 1911. Kota
Larangan Beijing terkenal di China dan dunia kerana keluasannya, reka bentuknya
yang indah, bangunan yang megah dan kemudahan yang mewah.
Kota Larangan Beijing berkeluasan lebih
720 ribu meter persegi. Panjangnya dari selatan ke utara kira-kira 1000 meter
dan lebarnya dari timur ke barat kira-kira 800 meter. Kota Larangan Beijing
dilingkari oleh tembok setinggi belasan meter dan parit selebar lebih 50 meter.
Reka bentuk, keluasan, susunan, gaya, bentuk, hiasan dan kemudahan di Kota
Larangan Beijing dibina menurut sistem kesusilaan, etika dan status atau
kedudukan dinasti feudal tersebut dan memperlihatkan konsep kuasa maharaja
adalah maha tinggi.
Tiga dewan besar iaitu Dewan Taihe, Dewan
Zhonghe dan Dewan Baohe merupakan bangunan yang paling menarik perhatian
pelawat di Kota Larangan Beijing. Ketiga-tiga dewan besar itu merupakan tempat
maharaja menjalankan pentadbiran dan mengadakan upacara yang penting. Dewan
Taihe yang setinggi kira-kira 40 meter merupakan bangunan yang paling megah dan
tinggi di Kota Larangan Beijing. Dalam dewan itu terdapat takhta maharaja yang
disadur dengan emas dan 13 ribu buah pahatan naga iaitu lambang maharaja.
Lapangan di hadapan dewan itu seluas 30 ribu meter persegi.
Pembinaan Kota Larangan Beijing telah
memusatkan kepakaran dan kecerdikan rakyat China. Susunan seluruh kompleks
bangunan, pelbagai bentuk bumbung, hiasan pada pintu dan dinding telah
memperlihatkan reka bentuk yang unik dan menakjubkan. Dasar Dewan Taihe
setinggi 8 meter yang dibina dengan batu putih bukan sahaja menjadikan dewan
itu lebih megah, tetapi juga mempunyai fungsi menyekat kelembapan tanah.
Terdapat banyak pahatan ukiran kepala naga pada batu putih yang cantik
menghiasi dinding 3 lapis di dasar Dewan Taihe. Kepala naga tersebut bukan
hanya hiasan sahaja, tetapi adalah kemudahan penyaluran air. Apabila hujan
lebat, sebanyak lebih 1000 buah kepala naga tersebut meluahkan air serentak,
pemandangan itu sangat mengkagumkan. Dalam Kota Larangan Beijing terdapat 4
baris rumah, tetapi di dalamnya penuh dengan ketulan batu,yang khusus direka
oleh jurubina ketika itu untuk menghalang kebakaran.
Kota Larangan Beijing merupakan kompleks
bangunan istana purba terbesar yang dipelihara dengan baik di dunia. Menurut
catatan sejarah, seramai 100 ribu orang tukang bina dan sejuta orang buruh
kasar telah turut serta dalam pembinaan Kota Larangan Beijing.
Sebagai istana diraja, sebanyak lebih
sejuta artifak berharga tersimpan dalam Kota Larangan Beijing, jumlah ini
menempati 1/6 daripada jumlah keseluruhan artifak China, banyak antaranya
adalah artifak tunggal yang satu-satunya wujud di dunia.
Kota Larangan Beijing sudah berusia lebih
580 tahun, jumlah pelancong yang melawat Kota Larangan Beijing mencatat 10 juta
orang setiap tahun. Demi melindungi bangunan purba yang hebat itu, kerajaan
China mengadakan pemuliharaan selangkah demi selangkah terhadap Kota Larangan
Beijing mula tahun 2003. Difahamkan, projek pemuliharaan tersebut akan
dilaksanakan selama 20 tahun.
Baik, nota yang ditunjukkankan jelas dan mudah difahami.
ReplyDeleteBagus
ReplyDelete
ReplyDeleteHallo.. Kabar terbaik untuk semua para penggemar judi online!!!
Agen Judi PemainBandarQ adalah Agen Judi yang paling dipercaya para penggemar judi online dan telah menjadi yang agen judi dunia terbaik yang pernah ada loh..
Situs judi PemainBandarQ juga telah menyediakan 7 jenis games casino modern dan populer dengan jaminan unggulan yaitu :
~ DIJAMIN 100% Fairplay Player vs Player. NO ROBOTIC & ADMIN.
~ Bonus berlimpah yang dibagikan setiap harinya kedalam akun ID anda.
~ Bonus Referal 10% otomatis langsung ke IDR anda, dan 10% akan dibagikan setiap hari senin.
~ Proses Deposit & Withdrawal tercepat
~ Deposit & Withdrawal dipermudah dengan layanan 6 bank yaitu : MANDIRI , BCA , BNI , BRI , DANAMON dan juga CIMB NIAGA.
~ Dilayani oleh Customer Service terbaik, berpengalaman, sopan, ramah dan cakep pastinya.
Hanya dengan Deposit minimal IDR 15.000,- Anda sudah dapat merasakan 5 jenis games modern casino yang jelas seru dan asyik loh..
Jika anda membutuhkan informasi tambahan, Anda juga menghubungi Customer Service kami lewat :
Website : www.pemainbandarq.info
Pin BBM : 2BF939F6
SKYPE : PemainBandarQ
Facebook : www.facebook.com/livia.zng
Twitter : @Pemainbandarq
nota yg sangat lengkap dan berguna
ReplyDelete