Sunday 18 September 2016

Seni Bina Tamadun China - Tembok Besar China

Tamadun China mempunyai reka bentuk seni bina yang agak berlainan daripada tamadun lain. Salah satu seni bina yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar China

Tembok ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking. Sementara itu bandar-bandar China purba seeperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juga dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. 

Tembok-tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu bata. Malahan di kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah lumpur. 

Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara.    Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehingga kini ialah Kota Larangan. 

Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat hukuman, keraian dan perjumpaan. Sebuah lagi binaan penting di China ialah kuil dan pagoda. 

Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu, dan pusat pemujaan. Namun demikian, bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetep bagi semua binaan dan tempat. Dalam tamadun China, terdapat pelbagai jenis pintu gerbang, tembok dan jambatan.






6 comments:

  1. Gambar yang sangat menarik, cantik.... bagus !

    ReplyDelete
  2. Tembok Besar China memang cukup indah seperti saya bayangkan.Saya pasti akan mencari peluang untuk melancong tempat tersebut.

    ReplyDelete
  3. Gambar yang cantik Dan dapat menarik perhatian ��

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete


  5. Hallo.. Kabar terbaik untuk semua para penggemar judi online!!!

    Agen Judi PemainBandarQ adalah Agen Judi yang paling dipercaya para penggemar judi online dan telah menjadi yang agen judi dunia terbaik yang pernah ada loh..
    Situs judi PemainBandarQ juga telah menyediakan 7 jenis games casino modern dan populer dengan jaminan unggulan yaitu :

    ~ DIJAMIN 100% Fairplay Player vs Player. NO ROBOTIC & ADMIN.
    ~ Bonus berlimpah yang dibagikan setiap harinya kedalam akun ID anda.
    ~ Bonus Referal 10% otomatis langsung ke IDR anda, dan 10% akan dibagikan setiap hari senin.
    ~ Proses Deposit & Withdrawal tercepat
    ~ Deposit & Withdrawal dipermudah dengan layanan 6 bank yaitu : MANDIRI , BCA , BNI , BRI , DANAMON dan juga CIMB NIAGA.
    ~ Dilayani oleh Customer Service terbaik, berpengalaman, sopan, ramah dan cakep pastinya.

    Hanya dengan Deposit minimal IDR 15.000,- Anda sudah dapat merasakan 5 jenis games modern casino yang jelas seru dan asyik loh..

    Jika anda membutuhkan informasi tambahan, Anda juga menghubungi Customer Service kami lewat :
    Website : www.pemainbandarq.info
    Pin BBM : 2BF939F6
    SKYPE : PemainBandarQ
    Facebook : www.facebook.com/livia.zng
    Twitter : @Pemainbandarq

    ReplyDelete
  6. Bagus maklumat ini...senang saya nak buat kerja kursus ni nanti

    ReplyDelete