Dalam bidang ekonomi, peringkat awal tamadun
China lebih mendorong kepada kegiatan pertanian. Hal ini demikian kerana lokasi
penempatan yang berdekatan dengan sungai, seperti Sungai Kuning. Ekonomi yang
utama adalah pertanian dan diikuti dengan ekonomi sampingan seperti kegiatan
berburu, penternakan dan industri logam, arang batu dan teksil. Masyarakat
tamadun China menanam padi sebagai tanaman utama mereka dan pertanian telah
menjadi asas ekonomi Negara China sejak kewujudan tamadun.
Sungai Kuning sebagai tempat masyarakat tamadun China mendapatkan sumber |
Kegiatan pertanian yang dijalankan oleh masyarakat Tamadun China |
Sumbangan tamadun China dalam kemajuan
pertanian sehingga kini adalah :
1. Memperkenalkan
batas untuk kaedah penanaman
2. Penciptaan alatan
pertanian seperti tajak, cangkul, penyisir tanah dan tenggala untuk membuat
batas
3. Pembinaan sistem
pengairan yang sistematik seperti pembinaan terusan untuk memperoleh sumber air
dan mengawal banjir
4. Sistem parit yang
mengasingkan tanah padi kepada petak-petak sawah yang kecil
5. Sistem tanaman
bergilir untuk menjaga kesuburan tanah
6. Kawasan bukit
diteres untuk pertanian contohnya pada zaman Dinasti Shang
7. Penciptaan kolar
kuda untuk menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda serta
penyisir tanah. Kolar kuda dapat menarik bebanan sehingga 1.5 tan tanpa
mencekik leher kuda dan tidak mengganggu kelajuan larian kuda.
Batas untuk tujuan penanaman |
Kereta kuda dan kolar kuda untuk tujuan peperangan dan pertanian |
Jenis kolar kuda untuk menarik beban dan kereta kuda |
Tajak dan tenggala kayu |
Kawasan bukit yang diteres untuk tujuan penanaman |
Rantaian timba untuk melancarkan sistem pengairan |
Sumbangan
Tamadun China dalam mengusahakan ekonomi tekstil adalah :
1. Mengadakan
hubungan perdagangan dengan Negara luar seperti India, Rom dan Sri Lanka semasa
Dinasti Han
2. Menghubungkan
Jalan Sutera Darat ( Silk Road ) untuk mengeksport kain sutera
3. Penciptaan kincir menenun
Jalan Sutera Darat yang menghubungkan China dan negara luar |
Kaedah untuk membuat sutera |
salah satu sutera yang dihasilkan oleh masyarakat tamadun China |
Antara sumbangan Tamadun
China dalam industri logam adalah :
1. Penukaran
alatan pertanian daripada kayu kepada besi
2. Perusahaan
membuat tembikar dan logam
senjata yang dihasilkan daripada logam oleh masyarakat tamadun China |
Tamadun China yang membangun telah banyak membuat
peningkatan untuk jaminan ekonomi seperti penggunaan baja organik, menanam
lebih dari dua tanaman pada tanah yang sama, mengeksport hasil ekonomi ke
Negara luar dan mengembangkan lebih banyak lagi ekonomi sampingan.
Selepas membaca artikel ini, saya dapat memahami tamadun china bukan sahaja memberi sumbangan kepada tamadunnya malah juga memberi sumbangan yang mendalam terhadap dunia.
ReplyDeleteimmpresive
ReplyDelete